HALAMAN KELUARGA
Kubur Bercahaya
Home
Tentang Saya & Keluarga
Album Keluarga
Album 2002
Album 2003
Laman Kesukaan
Album kenangan cuti-cuti Malaysia
Petua Menambat Hati Isteri
Isteri meleteri suami
Panduan Membesarkan Anak-anak kita
Himpunan Doa
Himpunan Hadis
Kisah dan Tauldan
Kisah Nabi Muhammad s.a.w
Kisah Para Nabi
Tanda-tanda kematian
Hubungi Saya
 

Ianya berkenaan kesan mati kita mengikut amal ibadat kita.

Hari ini pertama kali saya ingin bercerita kisah benar mengenai bakal biras saya yg meninggal pd hari jumaat baru2 ini - pd 2/5/2003 sehari selepas kita bercuti Hari Pekerja.

Allahyarham Al-Fairuz berumur 22thn meninggal dunia semasa bermotosikal bersama adiknya Al-Rasheed menuju ke Seremban sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Beliau meninggal disebabkan kemalangan apabila motosikalnya bertembung dgn sebuah kereta dan meninggal disitu juga.

Apa yg saya ingin ceritakan disini ialah kejadian aneh tetapi indah dari sudut pandangan Islam. Pd mlm tersebut tahlil dibuat di rumah keluarga biras saya dan seorg lebai kg kami(Hj.Lebai Yeh) yg menuju ke rumah utk tahlil tersebut melalui kawasan perkuburan disitu. Dan semasa melalui jln tersebutlah, dia tiba2 melihat cahaya di kubur Allahyarham dengan pelbagai warna, putih, biru, merah, kuning sampaike kaki langit. Cahaya yg indah. Bukan Api atau bukan asap. Apa yg saya pasti, kawasan tersebut mmg gelap dan berhadapan dgn sebuah rumah. Kejadian ini diceritakan terus kepada ahlikeluarga dan imam kg tersebut. Datuk mereka (atuk) seorg imam juga (dari Melaka).  Allahyarham anak yg baik, bagus agama, tak suka menyusahkan ibubapanya. dan jugak jenis sifat setiap hari suka mintak maaf dgn ibubapanya sebelum kemana2. Dia lain drp lain dan manja dgn ibubapanya.

Sebelum saya dpt tahu cerita ini mlm semlm, saya telah berjumpa dgn Ustaz saya untuk meminta beliau buatkan air penawar bagi ibu Allahyarham sbb beliau terlalu sedih atas kehilangan anaknya dan air penawar utk adiknya (still in the hospital), yg kdg2 ingat kdg2 tak ingat kesan gegaran otak dan juga utk memulihkan semangatnya.  Saya ceritakan pd ustaz saya yg Allahyarham meninggal pd hari jumaat.  Nak tau! Ustaz saya tersenyum.  Dalam senyumannya itu bila dpt tau dia meninggal pd hari jumaat. Itu adalah salah satu tanda meninggal dlm keadaan mulia dan tanda matinya org2 beriman(menurut amalan ibadat kita masing2). Ianya rahmat utk mereka yg dpt. Bukan semua org boleh dpt.

Saya ingin katakan disini. Sebaik2 mati kita biarlah di dalam iman.  Dan doalah kita mati agar selamat dari azab KUBUR, terang kubur seperti taman2 syurga. bukan lubang neraka yg penuh dgn ular dan kalajengking dan segala jenis bantaian dlm kubur kita. Doalah agar kita setidak2nya dpt mati dlm iman, mati pd hari jumaat. Ada org ingin mati di Mekah, ingin mati tidak menyusahkan keluarga (saya pernah lihat org jenis ni..mudah matinya dan sempat mengucap). mati semasa pergi atau balik dari masjid, mati semasa pergi atau balik dari menuntut ilmu agama (cth farhu ain ke tafsir ke, kelas ngaji Al-Quran ke -salah satu tanda2 syahid). Yg penting mati kita dlm keadaan Redha dan diredhai.

Cuma satu saje. Jgn terlalu sedih dihadapan mayat dan sampai meratap2 kematian apabila mayat telah berada di dlm kubur. Sebabnya jelas, kasihanlah pd mayat tersebut. Andai dia ahli syurga (Drp melihat tanda2 kematian), kita biarlah bersedih kerana kehilangan hamba Allah yg baik dan bersyukur kerana dia mati dalam iman atau dlm keadaan mengucap syahadah. Tapi andainya dia kita tak tau tempatnya dimana, kasihanlah pd dia yg sedang disiksa di dalamkubur atas dosa2nya dan jgn ditambah kesedihan kita lagi pd dia. Sampaikan doa agar dia dirahmati dan diringankan seksaan atau diangkat terus siksaan tersebut (doa ibubapa mustajab dan doa anak2 soleh itu berkat) dan buatkanlah sedekah atas namanya.

Oleh itu, marilahkita sama2 lipat gandakan amal ibadat kita, baiki mana2 yg patut.. buat apa yg kita ndak buat cthnya nak gi mekah buat haji kena kumpul duit cepat2 dgn duit yg halal sepatutnya.. berbaik2 dgn ibubapa kita dan adikberadik kita dan macam2 amal ibadat kita.  Baiki solat, baiki mutu bacaan al-quran supaya bagus tajwidnya dan sebutannya. apa sahaja yg boleh mendekatkan kita pd Allah.  Sebelum nyawa dirembat, dan sebelum menyesal tak sudah. cepat2lah bertaubat. Sesungguhnya Allah penerima taubat dan Maha Luas Kasih Sayangnya. Ambillah iktibar dari cerita di atas. Berdoalah supaya ramai umat Nabi Muhammad mati dlm Iman yg teguh dan mengucap syahadah supaya semua org boleh ke syurga. AL-Fatihah utk mereka2 yg telah pulang ke rahmatullah.