HALAMAN KELUARGA
Panduan Membesarkan Anak-anak kita
Home
Tentang Saya & Keluarga
Album Keluarga
Album 2002
Album 2003
Laman Kesukaan
Album kenangan cuti-cuti Malaysia
Petua Menambat Hati Isteri
Isteri meleteri suami
Panduan Membesarkan Anak-anak kita
Himpunan Doa
Himpunan Hadis
Kisah dan Tauldan
Kisah Nabi Muhammad s.a.w
Kisah Para Nabi
Tanda-tanda kematian
Hubungi Saya

  • Jika  boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan  baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

  • Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan.  Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan  baik.

  • Jika  boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan. Jika anak  membuat sepah, dia harus mengemasnya semula.

  • Buat peraturan, tetapi pastikan ia tidak terlalu banyak, berpatutan dan sesuai dengan umur dan perkembangan kanak-kanak itu.

  • Pastikan akibat dari kenakalan adalah berpatutan dan jelas.

  • Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai  peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan  itu.

  • Jika anak anda mempunyai  banyak sikap yang tidak disukai, jangan cuba untuk mengubah kesemuanya sekaligus. Pilih satu sikap, terangkan mengapa sikap itu mendatangkan masalah, berikan akibat daripada kenakalan dan puji sikap yang sebaliknya.

  • Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

  • Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai  kelakukan meereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti Maafkan saya dan Bolehkah saya? bila sesuai.  Jadilah contoh yang baik untuk anak anda  di  dalam percakapan dan perbuatan anda.

  • Puji anak anda bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan   mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.