HALAMAN KELUARGA
Himpunan Hadis
Home
Tentang Saya & Keluarga
Album Keluarga
Album 2002
Album 2003
Laman Kesukaan
Album kenangan cuti-cuti Malaysia
Petua Menambat Hati Isteri
Isteri meleteri suami
Panduan Membesarkan Anak-anak kita
Himpunan Doa
Himpunan Hadis
Kisah dan Tauldan
Kisah Nabi Muhammad s.a.w
Kisah Para Nabi
Tanda-tanda kematian
Hubungi Saya
1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, begitu pula solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapus dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak diperbuat dosa-dosa besar."
 
2. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang."
 
3. Abdullah bin Mas'ud r.a. mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Jangan berasa iri hari, kecuali kepada 2 orang, iaitu orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang baik), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."
 
4. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."
 
5. Dari Abu Musa r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Allah 'Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat."
 
6. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."
 
7. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Yang menghantar jenazah ada 3 macam. Yang 2 kembali, satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya dan amalnya. Keluarga dan hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya."
 
8. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya adalah orang miskin. Dan aku menengok pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya adalah wanita."
 
9. Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum."
 
10. Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda :
"Hai, manusia ! Taubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku taubat kepada-Nya 100 kali setiap hari."
 
11. Dari Abu Darda r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."