HALAMAN KELUARGA
HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK
Home
Tentang Saya & Keluarga
Album Keluarga
Album 2002
Album 2003
Laman Kesukaan
Album kenangan cuti-cuti Malaysia
Petua Menambat Hati Isteri
Isteri meleteri suami
Panduan Membesarkan Anak-anak kita
Himpunan Doa
Himpunan Hadis
Kisah dan Tauldan
Kisah Nabi Muhammad s.a.w
Kisah Para Nabi
Tanda-tanda kematian
Hubungi Saya
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.

Setelah disembelih,dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya.

Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.  Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya? tanya ibu tersebut kepada Loqman.

Loqman menjawab: Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.